Text Size

Login / Register

Maxis : 0172152133, 0172152144, 0123868507, 0122155387, 0123051933    Celcom : 0196933199, 0196246652 , 0196246649    Digi : 0162018555, 0162281292

Tambah modal MyMode MYeCASH melalui maybank2u

PDFPrintE-mail

Dalam terlalu banyak cabaran dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi, namun ada juga perkembangan positif yang dibuat dan dilaksanakan oleh pihak syarikat untuk terus-menerus membantu para agent bagi memudahkan urusan-urusan perniagaan.

Dan yang terbaru kini agent sudah boleh menambah modal atau membeli MYeCASH melalui maybank2u selain dari channel-channel lain seperti melalui ATM Maybank, CIMBclicks, CIMB Bazar dan lain-lain medium.

Di sini saya akan terangkan step-by-step cara-cara untuk menambah modal MYeCASH menggunakan maybank2u.

Sila perhatikan gambarajah untuk setiap keterangan bagi gambaran yang lebih jelas.

 

Selepas login di web maybank2u menggunakan username dan password anda, klick menu Buy Online.

Kemudian klick pada Item MYeCASH Top Up (ada bersama-sama dengan produk lain seperti Xpax, Digi, Happy dan Hotlink)

Di bahagian drop down menu Corporation name, pilih MYeCASH dan kemudian klick butang Continue.

Di bahagian jumlah, pilih amount atau jumlah yang anda inginkan. Pastikan anda mempunyai baki duit yang cukup di dalam akaun maybank anda untuk tujuan ini. Kemudian klick butang Continue.

klick pada Request TAC number supaya no TAC dihantar ke Handphone anda. (Anda perlulah aktifkan dulu perkhidmatan ini di mesin ATM sekiranya anda masih belum mengaktifkan penghantaran no TAC ke HP).

Popup notice akan memberitahu bahawa nombor TAC telah dihantar ke handphone anda.

Masukkan no TAC yang anda terima tadi di ruangan yang disediakan dan kemudian klick butang Confirm.

Sistem maybank2u akan memaklumkan proses pembelian MYeCASH selesai beserta no topup akaun MYeCASH anda. Sila salin no PIN 16-digit pada bahagian Reload Number pada halaman berkenaan. No PIN ini diperlukan untuk step seterusnya.

Type Arahan SMS: PIN(jarak)ATM(jarak)16-digit-topup-code
Contoh: 1234 ATM 3284954176594490

dan hantarkan ke mana-mana GATEWAY MYMODE. Selesai~!

* PERHATIAN: Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan kaedah ini atau tidak pernah tambah modal menggunakan ATM Maybank sebelum ini, sila hantar arahan dibawah terlebih dahulu (untuk pertama kali sahaja)untuk mengaktifkan no HP anda bagi menggunakan sistem tambah modal menggunakan kaedah ini.

Type Arahan SMS: PIN(jarak)ATM(jarak)YES
Contoh: 1234 ATM YES

dan hantarkan ke mana-mana GATEWAY MYMODE.